IDEA & TIP
  • Lebih baik bersedia serba serbi dari terlupa itu ini. Pastikan anda memiliki checklist sebelum melancong ke mana-mana.
  • Jangan jadikan alasan anda sibuk belajar atau tiada duit untuk tidak mencuba bercuti bersama rakan sebaya. Ini hanya akan menjadikan anda lebih dewasa dan mengumpul pengalaman yang berharga.
  • Pasti tidak seronok jika percutian yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar menjadi derita dek kerana sakit atau tercedera. Ketahui cara-cara untuk mengelakkannya.
  • Jangan fikir senang nak tempah hotel bajet. Ada banyak perkara yang perlu anda teliti sebelum membuat keputusan.
  • Anda seorang wanita dan mahu mengembara secara solo? Sudah tentu ia agak berbahaya dan berisiko tetapi ada beberapa cara yang boleh memastikan anda kekal selamat.
  • Peta kertas, kompas atau buku alih bahasa sudah lapuk dek zaman. Kini, zaman digital menguasai segalanya. Jadi, gunakan ia untuk kemudahan dan kesenangan percutian anda.
  • Pergi bercuti bertujuan untuk relaks dan enjoy bersama keluarga. Namun, kegembiraan itu boleh musnah apabila anda diganggu oleh orang lain.
  • Anda kehilangan pasport? Jangan gusar! Mari lihat langkah-langkah yang anda perlu buat sebaik sahaja anda sedar pasport anda hilang.
  • Makanan segera bukan megi sahaja! Terdapat makanan lain yang lebih sedap dan mengenyangkan untuk di bawa bercuti ke luar negara yang sukar untuk jumpa makanan halal.
  • Anda bakal melalui penerbangan yang panjang? Well, pastikan diri anda bersedia dan dengan 10 item wajib ini ia pasti akan menjadi lebih mudah.
  • Siapa kata anda tidak boleh berseronok dan membawa warga tua pergi bercuti? Mereka juga menginginkan percutian yang mendamaikan dan apa kata luangkan masa berkualiti bersama mereka. Jangan risau... Entri ini akan membantu memberi tip yang diperlukan oleh warga tua ketika bercuti.
  • Kerenah si anak kecil akan mengganggu perjalanan cuti anda. Sudahnya, semua orang hilang ‘mood’. Jangan jadikan hal ini masalah besar. Entri kali ini memberi tip percutian bersama anak-anak anda. Semoga ia membantu!
  • Pilih tempat duduk merupakan satu tabiat yang membuatkan kita menjadi lebih selesa dengan kedudukan di suatu tempat tersebut. Dengan pilihan yang tepat, kita berkemungkinan dapat melakukan apa sahaja di situ tanpa bergerak ke tempat lain.
  • Ketika mengembara, bukan persalinan badan sahaja yang perlu diberi perhatian. Jangan lupa untuk mengenakan pelindung kaki yang sesuai, barulah benar-benar selesa menakluki dunia.
  • Tiada halangan untuk anda yang pertama kali ingin cuba untuk backpacking.
  • Sesetengah destinasi percutian memerlukan kita menyewa kereta ketika ke sana. Pastikan anda tidak tertipu dengan agen yang memberi sewa kepada anda. Tetapi bagaimana cara untuk mendapatkan kereta yang elok dan mampu disewa? Entri kali ini membantu anda menjawab persoalan ini.
  • Membawa gajet ketika sedang bercuti membantu memudahkan percutian anda dengan lancar. Bayangkan jika anda tidak membawa gajet bersama, anda bukan saja tidak dapat merakam kenangan menerusi gambar dan video tetapi terpaksa berdepan dengan beberapa masalah lain. Berikut adalah gajet terbaik perlu dibawa ketika bercuti.
  • Bagi sesetengah individu, menginap di hotel mewah atau bajet tidak sah jika tidak membawa pulang barang percuma sebagai tanda kenang-kenangan. Entri kali ini membongkarkan barang percuma yang kerap diambil dari hotel dan semestinya tidak ada sesiapa akan marah.
  • Kebanyakan orang lebih selesa mengembara dengan satu beg. Bukan hanya kerana boleh menjimatkan bayaran 'check-in' bagasi tetapi risiko kehilangan beg dan rasa membebankan tidak akan berlaku. Akan tetapi, bolehkah mengembara dengan satu beg? Muatkah?
  • Ramai yang mahu menghabiskan cuti di hujung tahun ini dengan mencari lokasi percutian. Anda berkeinginan untuk bercuti tetapi bajet anda pula tidak mencukupi. Percayalah bahawa masih ada idea percutian yang tidak menelan banyak belanja tetapi mampu memberi seribu kepuasan!
  • Ingin pergi bercuti tetapi ada sesuatu yang menyekat hati untuk bercuti dengan tenang. Apabila teringat haiwan peliharaan tidak terjaga di rumah.
  • Sejak beberapa tahun yang lepas, berlibur secara backpacker menjadi pilihan kebanyakan orang. Ia lebih mudah dan tidak membuang masa terutamanya jika percutian sendiri atau bersama teman-teman. Keluarga pun ada yang berlibur cara begini. Entri kali ini memberi empat tip menjadi backpacker buat yang baru bermula.
  • Kita cepat cemas dan berpeluh-peluh saat timbang bagasi. Takut terlebih berat dan kena bayar lebih.
  • Terdapat pelbagai pilihan bagasi di pasaran, adakah bagasi pilihan sesuai dengan jenis percutian yang anda rancangkan?
  • Dengan menggunakan konsep trilogi, masalah membawa pakaian ketika mengembara pasti dapat diselesaikan.
  • Tidak ramai pengguna yang benar-benar tahu menggunakan perkhidmatan teksi. Gara-gara sikap pengguna ini, sesetengah pemandu teksi mengambil kesempatan ke atas penumpang dengan mengenakan caj yang tinggi. Entri ini membantu anda naik teksi dengan 'selamat'.
  • Mengaku saja jika anda merupakan salah seorang yang tertunggu-tunggu tiket penerbangan murah. Anda boleh berjimat banyak jika anda tahu cara untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah. Entri ini memberi anda panduan mendapatkan tiket mampu beli.
  • Anda sudah mula menyusun cuti untuk dihabiskan sepanjang hujung tahun ini bersama anak-anak. Jika anda buntu mencari lokasi apa yang sesuai untuk percutian sekolah kali ini, diharap entri ini boleh menyelesaikan masalah anda. Tidak perlu ke luar negara kerana di Malaysia pun macam-macam ada!
  • Ada beberapa kesilapan yang selalu dibuat ketika bercuti di luar negara. Ikuti entri ini untuk mengetahui kesilapan klise yang selalu dibuat ketika percutian luar negara.
  • Ada sesetengah orang yang sukakan percutian mudah dan tidak memeningkan kepala. Sebab itulah mereka memilih untuk bercuti dengan perancangan yang ditetapkan oleh agensi pelancongan. Entri kali ini memberi enam panduan memilih agensi pelancongan yang betul. Ayuh, berlibur!
  • Jika ada rezeki lebih, tak salah rasanya untuk bercuti ke negara sejuk dan bersalji. Maklumlah di Malaysia tak ada. Mungkin kerana itu kita kurang tahu persediaan jika mahu bercuti ke destinasi pelancongan dingin begitu. Entri kali ini memberi 10 tip percutian ke negara sejuk.
  • "Lagi untung! Waktu 'off-season' macam nilah, semuanya pakat murah. Tiket, harga bilik, pakej percutian, dan semualah." Ya, benar. Percutian ketika musim tidak sibuk memang ada kebaikannya. Tetapi anda harus bijak merancang percutian ketika itu. Entri ini ada panduan yang boleh anda ikuti, bagi merancang percutian penuh makna.
  • KLM Royal Dutch Airlines mempunyai cara tersendiri untuk memulangkan barang penumpang yang tertinggal dalam pesawat. Seekor anjing bijak akan menghidu bau barang yang tertinggal dan mula menjejaki pemiliknya. Hebat bukan?
  • Apabila melancong di negara luar, ada masanya sukar untuk mencari makanan yang halal. Apatah lagi jika bercuti di negara yang majoriti masyarakatnya tidak beragama Islam. Entri kali ini membantu anda mencari makanan halal di luar negara dengan lima tip mudah.
  • Jika tahu tempatnya, mencari makanan halal tidak sukar di Sabah. Selain makanan berkualiti, harganya juga berpatutan. Entri kali ini mencadangkan lima restoran harus dikunjungi jika anda bercuti di Sabah.
  • Bawa yang penting sahaja. Mudah untuk perjalanan anda, lagipun pulang nanti kan banyak cenderahati yang mahu anda beli untuk semua orang? Entri kali ini adalah checklist barang wajib ada ketika melancong.
  • Jom beramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 tahun pada 31 Ogos 2014 ini. Inilah masanya anda meluangkan masa sambil menunjukkan semangat patriotik dan cintakan Malaysia yang kebetulan jatuh hari minggu ini. Entri ini memberi anda agenda yang tidak seharusnya anda tinggalkan!
  • Memilih lokasi berkelah terutama air terjun bukan boleh sebarangan. Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat supaya perkelahan anda tidak bertukar menjadi tragedi yang tidak diingini. Jika anda merasa was-was dengan pemilihan lokasi, entri ini mungkin boleh membantu anda berkelah dengan lebih selesa dan menyeronokkan!
  • Entri kali ini mengajak anda mencari lokasi makan-makan sekitar Lembah Klang yang anda mesti pergi terutama pada hujung minggu ini. Beruntungnya menjadi rakyat Malaysia apabila negara kita kaya dengan pelbagai juadah yang benar-benar menggoda selera seawal pagi sehingga lewat malam.
  • Buat anda yang pertama kali menaiki pesawat, pasti anda pernah mengalami situasi telinga berdengung sehingga membuatkan anda kurang selesa dan panik sekejap. Jika dibiarkan, ia boleh mengundang rasa sakit seperti pening dan loya. Anda sememangnya tidak mahu ‘cipta’ sejarah memalukan di dalam pesawat, bukan?
  • Kadang-kadang kita sendiri terlupa bahawa bayi juga perlukan pasport untuk melancong ke luar negeri. Tidak kira berapa pun umur kita, pasport merupakan dokumen penting yang perlu dibawa untuk masuk ke negara orang. Entri kali ini, LIBUR beri tip bagaimana mahu membuat pasport pertama kali untuk anak kecil.
  • Tidak sah rasanya jika kaki tidak menjejak bazar Ramadan apabila bazar yang dikatakan syurga makanan ini diadakan setahun sekali. Jom lihat beberapa lokasi bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang paling ramai dan kerap dikunjungi biar pun sentiasa sesak!
  • Sering kali hotel bajet kedengaran seperti penginapan untuk melakukan aktiviti tidak sihat. Namun, tidak semua hotel bajet ditubuhkan untuk melakukan perkara seperti maksiat atau jenayah. Masih ada hotel bajet yang memberi perkhidmatan yang baik, selesa dan sesuai dengan bajet pengunjung.
  • Apabila tiba musim cuti sekolah, kita semua kelam-kabut melayari booking.com, Agoda, SOTA dan pelbagai portal tempahan pelancongan untuk merancang percutian bersama keluarga. Benar, hotel atau resort merupakan aspek terpenting ketika memilih destinasi percutian. Kali ini, LIBUR paparkan lapan buah hotel dan resort sesuai untuk musim cuti sekolah menjelang Mei nanti. - m/s 20
  • Pusat bandar Kuala Lumpur adalah lokasi tepat dengan beberapa pilihan lokasi yang mampu memberi keseronokan pada waktu malam terutamanya anak-anak muda dan juga pelancong yang gemarkan hiburan sepanjang jalan. Mana hendak lepak malam ini?
  • Detik 12 tengah malam nanti adalah masa yang ditunggu untuk menyambut kedatangan tahun baru. Bagi anda yang tercari-cari lokasi 'happening' sekitar Lembah Klang sempena cuti am tahun baru ini, kami cadangkan tiga lokasi ini untuk anda nikmati bersama keluarga. Bagi anda yang berada luar dari Lembah Klang, bergerak sekarang supaya tidak terlepas acara kemuncak 2014!
  • Hari ini, pelancong yang beragama Islam tidak perlu lagi merasa runsing untuk mencari penginapan ketika bercuti kerana terdapat satu enjin pencarian yang pertama untuk pelancong Islam telah dilancarkan. Di saat sedang bercuti pun anda masih boleh melakukan ibadah tanpa banyak alasan!
  • Hari ini, para pelancong dan anda sendiri tidak perlu lagi tercari-cari nombor telefon teksi dan buat panggilan mahupun menunggu dan menahan teksi yang lalu-lalang kerana terdapat satu aplikasi menempah teksi secara talian boleh dilakukan menerusi telefon pintar. Macam menarik!
  • Apa lagi topik yang paling hangat ketika musim tahun baru selain resort yang mesti anda pergi tahun hadapan? Sebelum musim cuti atau tahun baru tiba, kita sering bertanya mana resort yang menjadi pilihan untuk bercuti. Untuk keluaran kali ini, kami paparkan 10 resort di Malaysia dan Asia yang mungkin sesuai dengan keinginan percutian anda!
  • Inapan famili terbaik! Itulah tiga perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan apa yang LIBUR ingin paparkan kali ini. D'Brug Homestay, pasti ramai yang masih tidak mengetahui tentang kewujudannya kerana inapan ini baru sahaja beroperasi di pertengahan tahun 2013.
  • Rimas dengan destinasi yang dipenuhi bermacam jenis manusia? Tidak suka bersesak dan mahu merakam foto yang tidak mungkin dapat diperolehi oleh pelancong lain? Jika persoalan ini bermain dalam kepala anda, ikuti paparan team LIBUR mengenai 25 destinasi unik dunia yang sesuai untuk penegmbara yang mahukan kelainan ketika bercuti.
  • Tidak lengkap rasanya jika melancong tidak membawa balik cenderahati sebagai tanda kenangan mahupun buat hadiah kepada teman-teman. Kali ini, kami senaraikan barang pemberian paling popular yang sering dibeli oleh pelancong.
  • Bagi anda yang berhajat untuk bercuti ke Korea untuk kali yang pertama pasti tertanya-tanya bagaimana mahu memperoleh makanan halal dan sesuai dengan selera orang Asia. LIBUR kongsikan antara 10 restoran yang boleh menjadi panduan anda supaya percutian kali ini lebih meyakinkan.
  • Untuk idea destinasi isu September ini, kami paparkan tujuh destinasi taman tema terbaik yang terdapat di Malaysia. Untuk percutian bersama keluarga tidak semestinya anda perlu pergi jauh kerana bercuti di dalam Malaysia juga sudah seperti berada di negara luar.
  • Masalah jet lag sering dialami oleh sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang ingin dituju. Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut.
  • Menghabiskan masa hujung minggu ini dengan berkelah di tepi pantai pun idea yang sangat menarik. Selain bermandi-manda, siapa kata anda tidak boleh bergaya di pantai, sambil membiarkan bayu laut singgah ke muka. Inilah masanya untuk posing cantik sebagai kenang-kenangan saat bercuti. Elak fesyen yang janggal agar tidak menjadi bahan lawak pengunjung lain.
  • Setiap destinasi yang anda kunjungi mempunyai pemandangan, karakter dan suasana tersendiri. Mengambil gambar yang indah ini tidak semestinya memerlukan kamera yang canggih dan mahal. Berbekalkan kamera digital atau telefon berkamera piksel besar sudah memadai.
  • Baru-baru ini, heboh isu seorang bayi bersama ibunya yang dilarang menaiki pesawat untuk pulang ke tanah. Semua berpendapat bahawa syarikat penerbangan tersebut bertindak kejam walhal ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu supaya perkara sebegini tidak lagi berulang.
  • Siapa kata wanita hamil tidak boleh naik pesawat untuk pergi bercuti? Tidak ada halangan untuk anda wahai wanita hamil untuk meneruskan misi percutian anda kecuali mendapat berita bahawa lapangan terbang ditutup mahupun syarikat penerbangan telah membatalkan tiket penerbangan anda. Ibu hamil juga ada hak untuk melancong tetapi beberapa perkara perlu diambil perhatian.
  • Bagi anda yang sudah biasa melancong ke luar negara, tentu tahu apa kepentingan pasport. Pastikan pasport sentiasa diperbaharui dan jangan tunggu hingga saat-saat akhir barulah terfikir untuk memperbaharui pasport, huru-hara dibuatnya. Baru semangat hendak bercuti, tidak fasal-fasal pula dibatalkan. Potong betullah!
  • Jika anda mengharapkan satu lagi percutian indah, menghabiskan masa berkualiti bermain golf, bersuka-ria di kolam renang, bersantai di spa, memesan seberapa banyak hidangan enak yang anda suka dan mengambil segelas jus kegemaran anda sambil menikmati panorama indah matahari terbenam...
  • Cuti sekolah hujung tahun. Tiada yang lebih menggembirakan daripada meluangkan masa bersama keluarga berpiknik di pantai-pantai yang ada di Malaysia. LIBUR kali ini memaparkan pilihan pantai-pantai yang bukan saja sesuai untuk anda mandi manda, tetapi juga melakukan pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan.
  • Menggamit hati. Itulah perkataan yang sesuai bila menatap keindahan yang dipamerkan oleh beberapa buah lokasi resort terkenal yang ada di sekitar benua Asia. Destinasi
  • Beli-belah di pasar karat memang sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh jumpa pelbagai produk yang tidak ditawarkan di pusat membeli-belah sedia ada. Jom kita lihat beberapa lokasi pasar karat unik yang mesti anda kunjungi tahun ini.