Jika anda bukan seseorang yang biasa menaiki penerbangan yang lama, silalah bersedia sebaiknya. Kalau tidak, anda bakal menghadapi stress dan keletihan yang bukan kepalang.

 

Mari lihat 10 item yang wajib anda ada semasa penerbangan yang lama ini.

 

1. Topeng mata & penutup telinga

 

eye mask ear plugs

 

Jika anda mahu tidur dengan tenang dalam flight anda, pastikan kedua-dua barang ini ada dalam carry-on anda.

 

 

2. Scarf

 

scarf

 

Ini bukan hijab ya! Scarf ini boleh digunakan juga sebagai selimut jika anda rasa sejuk.

 

 

3. Air masak secukupnya

 

water

 

Kekalkan hidrasi anda sepanjang travelling terutama sekali semasa penerbangan lama.

 

 

4. Hand sanitizer dan tisu basah

 

hand sanitizer

 

Pastikan tempat duduk dan kawasan anda bersih dengan adanya kedua-dua item ini. Tertumpah sesuatu, lap gunakan tisu basah. Tangan anda terasa kotor, gunakan hand sanitizer. Mudah!

 

 

5. Headphones

 

headphones

 

Earphone ada diberi dalam sesetengah penerbangan untuk menonton filem atau mendengar muzik. Tetapi lama kelamaan ia akan menyakitkan telinga anda. Bawa sahaja headphones anda sendiri. Lagi syok!

 

 

6. Snek

 

snek

 

Simpan bajet anda sebaiknya dan bawalah snek sendiri atau beli siap-siap di kedai murah/airport lagi. Memakan snek juga boleh elakkan anda diserang angin (akibat lapar).

 

 

7. Salinan pakaian

 

change of clothes

 

Bawa sepersalinan pakaian yang selesa untuk ditukar semasa penerbangan. Anda pasti akan rasa lebih selesa dan bersih.

 

 

8. Toiletries

 

toiletries

 

Penerbangan lebih 12 jam tanpa menggosok gigi atau mencuci muka hanya akan membuatkan anda tampak serabai dan busuk. Pastikan toiletries anda terdiri dari yang penting sahaja!

 

 

9. Eye drops

 

eye drops

 

Elakkan mata yang kering dan gatal dengan membawa sekali eye drops. Titik sahaja apabila mata mula gatal untuk elakkan ia semakin teruk.

 

 

10. Buku/novel/majalah untuk dibaca

 

novels

 

Percepatkan masa dengan membaca buku/novel/majalah semasa penerbangan. Tahap kebosanan anda pasti boleh dikawal dengan lebih baik.

 

Good luck ya! - LIBUR