Apa lagi topik yang paling hangat ketika musim tahun baru selain resort yang mesti anda pergi tahun hadapan? Sebelum musim cuti atau tahun baru tiba, kita sering bertanya mana resort yang menjadi pilihan untuk bercuti. Untuk keluaran kali ini, kami paparkan 10 resort di Malaysia dan Asia yang mungkin sesuai dengan keinginan percutian anda!

 

THE WESTIN LANGKAWI RESORT & SPA (PULAU LANGKAWI)

Apa yang menarik: Menawarkan pantai persendirian dan lengkap dengan segala kemudahan dalam bilik seperti akses wifi, tv plasma 42 inci dan rekaan serta perabot berkonsep kontemporari. KOlam renang di sini menghadap laut dan kawasan pulau yang berhampiran. Memang memukau!

 

Url: www.westinlangkawi.com

 

OMBAK VILLA BY LANGKAWI LAGOON

Apa yang menarik: Resort berkonsep hijau terbaru oleh Langkawi Lagoon di mana kesemua bilik di sini menghadap ke pemandangan indah Lautan Andaman yang cantik. Seperti mana resort lain, anda seharusnya menikmati pemandangan indah waktu senja yang cukup menenangkan di sini.

 

Url: www.langkawilagonnresort.com

 

MENARIK BULAN INI

Selain 10 resort popular yang mesti pergi tahun depan, ikuti juga Pesta Benak: Keunikan Sungai Berombak yang hanya terdapat di Sarawak, XPDC Meredah Kabus Gunung Irau, Tip Perkhemahan seperti Mengubati Luka dengan Tumbuhan Semula jadi, Menghalau Binatang Buas dan Menghantar Isyarat Kecemasan, Idea Destinasi Mengejar Dolphin Kuala Rompin dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah LIBUR edisi bulan Disember 2014.