Jika ada rezeki lebih, tak salah rasanya untuk bercuti ke negara sejuk dan bersalji. Maklumlah di Malaysia tak ada. Mungkin kerana itu kita kurang tahu persediaan jika mahu bercuti ke destinasi pelancongan dingin begitu. Entri kali ini memberi 10 tip percutian ke negara sejuk.

 

*Tidak perlu bawa baju yang banyak kerana kurang berpeluh. Bawalah singlet atau baju berlengan pendek berserta kot dan jaket tebal.

 

*Bawa stoking yang berbeza untuk setiap hari. Jika ke sana seminggu, maka bawalah tujuh pasang stoking. Ia untuk mengelakkan kaki berbau kerana seharian berjalan.

 

*Jangan lupa ‘muffler’. Ia penting untuk menutup leher anda. jangan pandang enteng, negara dingin mempunyai suhu sejuk yang tubuh kita tidak biasa. Jadi bersedialah dengan ‘muffler’ dan sarung tangan.

 

*Bawalah krim pelembap bagi mengelakkan bibir merekah. Ketika musim sejuk, kita cenderung untuk mengalami kekeringan kulit.

 

*Dapatkan but yang mempunyai tapak yang ‘grop’ ketika berjalan atas salji. Permukaan salji agak licin, jadi anda tidak boleh pakai but biasa.

 

*Kepentingan sarung tangan bukan saja bagi mengelakkan rasa sejuk tetapi mengatasi rasa kebas pada tangan.

 

*Bawalah seluar tebal seperti jean. Tetapi tidak perlu banyak.

 

Anda boleh dapatkan ‘longjohns’. Tidak mahu pun tak mengapa, ia sebagai persediaan seandainya anda betul-betul tidak tahan dengan cuaca sejuk.

 

*Bawalah topi dan penutup telinga. Ia sebagai pilihan. Jika jaket atau kot tebal anda mempunyai ‘hood’, tak perlulah anda bawa topi dan penutup telinga.

 

*Jangan jadikan cuaca sejuk sebagai tekanan. Bercutilah sepuas-puasnya. Barulah ‘enjoy’!.

 

Percutian ke negara sejuk sama seperti anda ke destinasi pelancongan yang lain. Yang membezakannya hanyalah cuaca di sana. Bukan selalu dapat ke sana, jadi pastikan percutian anda bermakna jika berkesempatan bercuti ke destinasi itu.