Rimas dengan destinasi yang dipenuhi bermacam jenis manusia? Tidak suka bersesak dan mahu merakam foto yang tidak mungkin dapat diperolehi oleh pelancong lain? Jika persoalan ini bermain dalam kepala anda, ikuti paparan team LIBUR  mengenai 25 destinasi unik dunia yang sesuai untuk penegmbara yang mahukan kelainan ketika bercuti.

 

CRIMEA, UKRAINE

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan pantai dan juga pergunungan, Crimea yang terletak di bahagian utara Ukraine kaya dengan bentuk muka bumi yang menarik dan semula jadi dan dianggap sebagai 'syurga yang tersembunyi'.

 

Kawasan pergunungannya menjadi destinasi pelancongan wajib dikunjungi kerana gunung-gunungnya dibentuk oleh batu kapur yang membetuk puncak yang tinggi dengan ngarai, tebing dan lembah yang unik.

 

Inapan:

Hotel yalta menjadi hotel pilihan jika anda ke sini. Dengan pilihan sebanyak 1140 buah bilik, tatarias dalaman hotel dihias untuk kepuasan dan keselesaan pengunjung. Hotel ini turut menyediakan bas dan kereta sendiri untuk pelanggannya.

Tip:

Bahasa Inggerisbukanlah bahasa pertuturan utama di sini. Kamus bahasa tempatan perlu ada untuk memudahkan komunikasi anda sepanjang percutian ke sini.

 

JERASH, JORDAN

Terkenal dengan arkeologi tinggalan zaman Roman, Jerash merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di utara Jordan. Bandar ini dipenuhi dengan runtuhan bangunan zaman Roman dahulu yang sememangnya diminati oleh peminat sebni bina bersejarah.

 

Inapan:

Hadrian's Gate Hotel merupakan inapan terbaik untuk anda di sini. Sambutan yang diberikan oleh kakitangan hotel pasti menceriakan percutian anda. Lokasinya yang menarik di samping kemudahan lengkap yang disediakan tidak akan mengecewakan anda.

Tip:

Antara tapak tinggalan zaman roman yang wajib dikunjungi adalah Forum (Oval Plaza) yang dipercayai dibina pada abad pertama dan juga Agora yang merupakan tinggalan pasar pada zaman Roman dahulu.

 

MENARIK BULAN INI

Selain dua lokasi yang dinyatakan, terdapat lokasi lain yang menarik di seluruh dunia berserta hotel dan tip yang diperlukan. Antara bahan menarik yang lain adalah 10 Stok Makanan Segera Ketika Bercuti ke Luar Negara, 7 Tip Keselamatan Menginap di Hotel, 5 Makanan Unik Pulau Pinang yang diterokai oleh Gerila Libur. Terdapat juga reviu Hotel Bliss Boutique JB dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah Libur keluaran Oktober 2013.