1. Memory Lane, Ipoh

Memory Lane atau lebih dikenali warga Ipoh dengan nama Loken, adalah antara destinasi pelancongan beli-belah yang cukup popular. Nama Loken adalah istilah lama yang kini dijenamakan semula sebagai Memory Lane. Terletak di belakang kompleks membeli-belah The Store berhampiran dengan Taman D.R, salah satu taman rekreasi yang terkenal di bandaraya Ipoh, Loken dibuka seawal jam 7 pagi hingga 3 petang. Pasar yang dibuka setiap hari Ahad ini menempatkan himpunan barangan baru dan lama. Malah, istimewa di sini ialah koleksi barangan antik yang bakal membuatkan ada yang teringatkan kenangan zaman hitam putih dahulu. Pelbagai barangan di sini sememangnya sesuai dijadikan koleksi peribadi yang mungkin tidak boleh ditemui di tempat lain. Majalah lama, barangan elektrik terpakai, jam tangan, pakaian baru, telefon bimbit dan pelbagai jenis aksesori kaum adam dan hawa boleh diperoleh dengan harga yang berpatutan di sini. Deretan barangan di sepanjang laluan kira-kira 1.5 kilometer ini sememangnya membuka mata sesiapa sahaja yang berkunjung. Tidak ketinggalan, gerai-gerai makanan yang menghidangkan aneka menu tempatan khusus buat anda yang ingin bersarapan sebelum