1. SRI LANKA: Aditya Boutique Hotel, Galle
 
Kita tentunya tidak menjangka bahawa negara Sri Lanka turut mempunyai resort bertaraf dunia yang indah. Aditya resort merupakan boutique hotel yang menampilkan elemen rekaan yang memukau dari sudut pembinaan, seni dan penggayaan ruang. Penggunaan barangan dan perabot antik berkonsepkan Bali turut memberikan identiti yang tersendiri terhadap resort ini. Selain itu, Aditya turut menjadi tumpuan pelancong serta dunia yang gemar bersantai di tepi pantai sambil menikmati panorama indah Sri Lanka.
 
719/1, Galle Road, Devenigoda ,
Rathgama , Galle , Sri Lanka.
T: 94 (0) 91 2267708
Email: adityavilla@sltnet.lk
 
2. INDONESIA: Conrad Bali Resort & Spa, Tanjung Benoa
 
Conrad Bali tersergam indah dengan reka bentuk gaya kontemporari. Meskipun ia merupakan resort Bali dalam taman tropika seluas 6.8 hektar, anda hanya perlu berjalan 200 langkah untuk sampai ke persisir pantai. Di sana, anda boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti air yang belum pernah dicuba seperti ski air dan luncur angin. Yang pasti, setelah puas dengan aktiviti harian, jangan lupa untuk memanjakan diri di Jiwa Spa yang dilengkapi 17 ruang terapi.
 
Conrad Bali Resort & Spa
Jalan Pratama 168, Tanjung Benoa,
80363, Bali, Indonesia.
T: 62-361 778788
Email: reservations@conradbali.com
 
 
3. INDIA: Aman Resort, New Delhi
Aman Resort terletak di tengah-tengah Bandar New Delhi, bersebelahan kompleks Nizamuddin yang terkenal kerana dibina sejak zaman pertengahan di selatan Delhi Golf Course.
Gabungan rekaan moden dan bersejarah yang dicedok dari zaman Mughal menjadikan suasana resort harmoni dan tampak eksklusif. Dilengkapi sentuhan India klasik seperti permaidani buatan tangan dan Skrin Jali, pastinya memberikan pengalaman 'syurga' metropolitan buat para tetamunya.
 
Aman New Delhi
Lodhi Road, New Delhi,
110003, India
T: (91) 11 4363 3333
Email: amannewdelhi@amanresorts.com