Sesetengah destinasi percutian memerlukan kita menyewa kereta ketika ke sana. Salah satunya seperti di Pulau Langkawi, Kedah. Mungkin juga anda mahu bercuti beramai-ramai, jadi memerlukan kereta yang lebih besar untuk menjimatkan kos perjalanan. Pastikan anda tidak tertipu dengan agen yang memberi sewa kepada anda. Tetapi bagaimana cara untuk mendapatkan kereta yang elok dan mampu disewa? Entri kali ini membantu anda menjawab persoalan ini.

 

  1. Pilih kereta yang selesa

Tidak perlu pilih kereta yang terlalu besar jika tidak perlu. Paling penting dapatkan kereta yang selesa dan berada dalam keadaan yang elok (sudah diservis dan bersih). Kereta bersaiz sederhana adalah paling sesuai kerana kosnya tidak mahal.

 

  1. Buat perbandingan

Sangat penting untuk anda mencari maklumat tentang kereta sewa. Pastikan ada beberapa pilihan supaya anda boleh membuat perbandingan. Ini bagi mengelakkan anda daripada ditipu dan pada yang sama dapat menjimatkan bajet percutian anda.

 

  1. Pilihan di tangan anda

Sesetengah kereta sewa datang dengan pakej bersama pemandu pelancong. Jika harganya terlalu mahal, eloklah anda memandu sendiri. Lebih baik begitu kerana anda tidak terikat dengan jadual pemandu pelancong tersebut.

 

  1. Elak masalah

Bagi memastikan anda terlibat dengan sebarang masalah, sebaiknya periksalah status syarikat kereta sewa tersebut. Pastikan perniagaan mereka sah dan berdaftar. Elakkan menyewa daripada syarikat tidak berdaftar kerana dikhuatiri anda terlibat dengan sindeket kecurian kereta dan sebagainya.

 

  1. Tanya orang

Jika anda merancang untuk ke destinasi yang pernah dikunjungi orang-orang terdekat dengan anda, lebih baik minta pendapat mereka. Mungkin mereka ada cadangan kereta sewa yang bagus. Anda akan lebih yakin dan urusan menyewa kereta akan menjadi lebih mudah.