Tidak perlu bawa banyak barang. Paling penting ketika melancong adalah kualiti masa yang anda habiskan di destinasi idaman. Barang yang banyak tidak menjamin percutian yang menyeronokkan. Bawa yang penting sahaja. Mudah untuk perjalanan anda, lagipun pulang nanti kan banyak cenderahati yang mahu anda beli untuk semua orang? Entri kali ini adalah 'checklist' barang wajib ada ketika melancong.

 

  1. Powerbank

Sangat penting terutamanya untuk anda mengecas bateri telefon bimbit anda. Lebih besar kapasiti powerbank anda, ia lebih bagus. Anda tidak perlu risau bateri habis dan terlepas peluang untuk bergambar di tempat-tempat menarik ketika melancong. Bagusnya powerbank ini adalah kerana saiznya yang kecil dan tidak berat.

 

  1. Kamera digital

Elok bawa kamera jika mahukan gambar yang lebih berkualiti. Ia adalah satu pilihan, jika telefon bimbit anda mempunyai perisian foto yang sudah cukup baik, maka kamera digital tidak diperlukan lagi.

 

  1. Long John atau Heattech

Kalau anda mahu melancong pada musim sejuk atau di tempat yang mempunyai suhu dingin, maka Long John adalah satu kemestian. Ia dipakai dalam bahagian baju untuk memerangkap haba. Ia lebih mudah daripada anda membawa baju sejuk atau kot tebal (kecuali jika tempat yang anda pergi betul-betul sejuk). Materialnya adalah cotton dan acrylic.

 

  1. Travel cooker

Sangat penting jika anda seorang yang suka makan dan memudahkan jika anda melancong di negara yang sukar mendapatkan makanan halal (bagi Muslim). Dengan alat ini, anda boleh masak nasi dan mi segera, merebus, buat sup serta memasak lauk-lauk ringkas. Paling penting, dapatlah jimatkan wang belanja untuk makan.

 

  1. First aid kit

Tak perlulah bawa sekotak besar. bawa yang asas sahaja. Pastikan terdapat plaster, minyak angin, dan ubat-ubatan asas seperti untuk demam, cirit-birit dan sebagainya. Bawa juga pemyembur untuk mengatasi masalah kaki terseliuh.

 

  1. Tisu basah

Walaupun nampak remeh tetapi sebenarnya ia penting juga kerana tisu basah memudahkan urusan anda ke tandas atau untuk membersihkan muka. Bahkan untuk mengelap permukaan-permukaan kotor, tisu basah sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai anak kecil.

 

  1. Travel adapter

Bukan semua plug sama seperti di Malaysia. Jadi, jika melancong ke luar negara adapter sangat diperlukan untuk memudahkan anda menggunakan plug.

 

  1. Toiletries

Bawa yang mana perlu sahaja seperti berus gigi dan ubat gigi serta pembersih muka. Sabun mandi dan syampu biasanya sudah disediakan pihak hotel. Jadi, buat apa nak bawa macam-macam?