Pilih tempat duduk merupakan satu tabiat yang membuatkan kita menjadi lebih selesa dengan kedudukan di suatu tempat tersebut. Dengan pilihan yang tepat, kita berkemungkinan dapat melakukan apa sahaja di situ tanpa bergerak ke tempat lain.

Apabila di dalam kapal terbang, sesetengah orang lebih suka untuk duduk di tepi tingkap atau 'Window Seat'. Ia dapat memberikan pengalaman kamu ketika melancong ke suatu tempat tanpa diduga. Terdapat lapan sebab utama, kenapa 'window seat' lebih menarik daripada duduk di tempat biasa. Antaranya ialah:

1. Keindahan Pandangan Luar Tingkap

 



Menurut pakar psikologi dari Universiti Washington, Prof. Jonathan Bricker berkata;

“Tempat duduk berdekatan tingkap lebih selesa kerana anda boleh berehat dengan beralaskan ‘bantal’ di dinding dan mengelak dari gangguan yang minimum, sehingga anda boleh menciptakan ruang anda sendiri”.

2. Melihat Hujan Turun Secara 'Live'

 


Disebabkan sekarang ialah musim hujan, kamu pasti akan disajikan dengan pemandangan yang luar biasa seperti hujan turun secara langsung. Yang pastinya, ia hanya boleh disaksikan oleh mereka yang duduk bersebelahan tingkap kapal terbang. “Best & Epic”.

3. Melihat 'Sun Rise'

 


Bila lagi kamu nak lihat pemandangan seperti ini dari ketinggian beribu-ribu kaki-kan? Hanya penumpang yang duduk bersebelahan tingkap saja yang dapat menikmati sudut pandangan seperti ini.

4. Menikmati keindahan sawah padi

 


Jika kita melihat sawah padi dari jarak dekat pun, kita pasti akan berasa kagum dengan keindahannya. Apatah lagi jika dari jarak jauh seperti ini? Wow. Spechless.

5. Menikmati ‘sunset’ dengan kualiti HD

 


Jangan sampai tertidur pula yer !

6. Menikmati pemandangan air terjun dari sudut berbeza

 


Pasti berbeza jika melihat air terjun dari pelbagai sudut. Lebih-lebih lagi apabila melihat dari atas.Pasti kita akan kagum dengan kebesaran-Nya.

7. Menikmati air laut yang tidak berpenghujung

 


Pasti tercari-cari dimana penghujungnya kan?.

8. Menyaksikan fenomena tasik beku

 


Itulah sebab-sebab mengapa kamu harus memilih ‘window seat’ semasa menaiki kapal terbang. Tak kisahlah tiket kamu berharga mahal, premium, atau promo, yang pasti pengalaman yang akan kamu dapat lihat sepanjang penerbangan tidak ternilai harganya.