Smartphone dan apps bukanlah memberi efek negatif sahaja! Ia sangat berguna terutama sekali apabila kita mengembara ke negara luar. Dahulu, peta (kertas ya!), buku alih bahasa menjadi teman tatkala bercuti.

 

Guna pakai kemudahan digital yang kita ada sekarang dan pastikan smartphone anda memiliki 8 travel apps yang sangat berguna ini untuk memudahkan pengembaraan anda.

 

Apps 1: Airbnb

 

airbnb

 

Penggunaan apps ini lebih meluas untuk pasaran luar negara. Anda hanya perlu mula mencari rumah tumpangan yang berdekatan dengan destinasi anda dan apps ini akan memberi banyak pilihan untuk anda pilih.

 

Jangan lupa untuk memberi julat harga yang anda sanggup belanja dan berapa pax yang terlibat. Ini akan memudahkan lagi pencarian.

 

Apps 2: Instagram

 

instagram

 

Sememangnya apps ini adalah bertujuan untuk berkongsi gambar dan juga berinteraksi dengan sahabat dan keluarga namun ia juga berguna untuk mencari sumber travel yang baik.

 

Sebagai contoh, anda mahu ke Iceland dan anda mahu mengetahui cuaca di sana, cari hashtag (#) yang berkaitan dengan Iceland dalam Instagram.

 

Ramai orang dari satu dunia menggunakan Instagram jadi ia pasti tidak menjadi masalah untuk mengetahui everything and anything about #Iceland.

 

Apps 3: Snapseed

 

snapseed

 

Apps ini adalah khas untuk edit gambar percutian anda bak professional. Ia lebih banyak pilihan berbanding VSCO dan lebih ringkas berbanding Photoshop.

 

Apps 4: Spotify

 

Apps ini mungkin tidak berkait secara langsung dengan travelling tetapi jika anda jaringan internet di mana-mana, anda boleh muat turun lagu-lagu kegemaran anda untuk membuat playlist.

 

Anda boleh sahaja mendengar lagu-lagu ini semasa menunggu flight, atau memandu, atau menunggu kedatangan kenderaan awam.

 

Apps 5: Google Flights

 

google flights

 

Ia mungkin tidak percuma sebagai apps tetapi ia percuma dalam web browser. Apps ini sangat bagus kerana ia merangkumi majoriti penerbangan antarabangsa bersama dengan harga dan juga kalendar.

 

Apps 6: Google Translate

 

google translate

 

Apps ini tidak salah lagi akan menjadi sangat penting terutama sekali jika negara yang anda lawati itu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

 

Ia mungkin tidak akan memberi translation yang tepat tetapi sekurang-kurangnya anda akan mendapat idea asas mengenai apa yang diperkatakan atau ditulis.

 

Apps 7: Weatherbug

 

weatherbug

 

Apps ini khas untuk anda yang mahu memastikan destinasi anda berada di dalam cuaca yang boleh dilawati dengan tepat. Apps ini memiliki live radar yang akan menunjukkan cuaca sebenar di destinasi anda.

 

Tidak kiralah panas, hujan, ribut, bersalji atau sejuk, dengan apps ini anda tidak perlu bimbang salah pakai baju kelak.

 

Apps 8: Apps berkaitan pengangkutan awam di mana-mana

 

Apps ini sangat penting terutama sekali jika anda dalam percutian bajet. Banyak bandar-bandar besar seperti Paris dan New York dan negara-negara luar seperti Jerman dan Austria telah mencipta apps khas untuk sistem pengangkutan awam mereka.

 

Apps ini akan membantu anda untuk memilih tempat berhenti yang betul dan juga berapa kos setiap trip. Percutian anda pasti akan menjadi lebih stress-free!