Hari ini, para pelancong dan anda sendiri tidak perlu lagi tercari-cari nombor telefon teksi dan buat panggilan mahupun menunggu dan menahan teksi yang lalu-lalang kerana terdapat satu aplikasi menempah teksi secara talian boleh dilakukan menerusi telefon pintar. Macam menarik!

 

Bagi anda yang baru mengenali MyTeksi, MyTeksi merupakan aplikasi dalam telefon bimbit atau 'smartphone' yang menyediakan perkhidmatan tempahan dan penghantaran dengan cara yang lebih selamat dan menjimatkan masa mahupun wang.

 

MyTeksi menjadi pilihan kerana penumpang hanya perlu memilih destinasi. Aplikasi MyTeksi akan mengesan kedudukan teksi yang berada berhampiran penumpang dengan menggunakan 'Global Positioning System' (GPS) telefon bimbit.

 

Penumpang kemudian akan menerima pengesahan mengenai tempahan yang dibuat dalam masa satu minit dan beberapa maklumat seperti jangkaan masa teksi tiba, nombor plat teksi, maklumat penuh pemandu dan anggaran tambang akan diberi.

 

Untuk pengguna aplikasi iOS, anda boleh dapatkan di App Store, Aplikasi Android di Google Play Store atau Window Store untuk aplikasi Windows Phone secara percuma.

 

Tunggu apa lagi, hanya buka aplikasi anda dan terdapat banyak teksi berdekatan menanti penempahan anda dengan kadar segera. Ayuh naik teksi hujung minggu ini!

 

Trivia

1. Aplikasi MyTeksi turut dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global (GPS) itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

 

2. Kira-kira 10,000 teksi telah menggunakan aplikasi ini di seluruh Asia Tenggara.

 

3. MyTeksi beroperasi di Malaysia seperti di Seremban, Putrajaya dan Johor Bharu.

 

4. Turut beroperasi di Bangkok dan Manila serta akan ke Singapura

 

5. Bagi Negara Bangkok, Singapura dan Manila, MyTeksi dikenali sebagai GrabTaxi.