Terdapat pelbagai pilihan bagasi di pasaran, adakah bagasi pilihan sesuai dengan jenis percutian yang anda rancangkan? Ketahui jenis-jenis bagasi dan kesesuaiannya mengikut jenis percutian:
 
BEG DUFFLE 
Sesuai untuk: Pendaki, pelajar kolej, budget traveller
Beg duffle tradisional bersifat ringan, mudah disimpan dan lebih mesra bajet. Beg jenis ini mempunyai ruang simpanan yang besar - sesetengah model menawarkan kapasiti sehingga 130 liter. 
 
BEG DUFFLE BERODA
Sesuai untuk: Perjalanan bisnes, lawatan keluarga, road trip, percutian urban
Beg duffle mempunyai ruangan utama yang besar dan boleh memuatkan peralatan kembara yang pelbagai bentuk atau saiz, di samping mempunyai roda yang memudahkan pergerakan. 
 
BAGASI BERODA
 
 
Sesuai untuk: Perjalanan bisnes, lawatan keluarga, road trip, percutian urban
Binaan yang teguh dan saiz yang kompak direka untuk menangani sistem pengangkutan bagasi. Beg jenis ini juga selalunya mempunyai banyak poket dan ruangan khusus untuk toiletries, aksesori dan lain-lain.
 
BACKPACK BERODA
Sesuai untuk: Kembara, road trip
Backpack beroda mempunyai kelebihan dari segi keselesaan dan mobiliti. Ia boleh diseret atau disandang mengikut situasi, dan amat popular di kalangan pengembara dan backpackers.
 
TRAVEL PACK
 
 
Sesuai untuk: Pengembara yang mementingkan mobiliti
Backpack tanpa roda ini bersifat mesra perjalanan, terutamanya di laluan berbatu, tangga, dan kawasan tidak rata kerana ia disandang sepanjang masa. Kebanyakan beg jenis ini mempunyai rangka dalaman, strap bahu tersembunyi dan ciri-ciri keselamatan.
 
BEG LAPTOP
 
 
Sesuai untuk: Pelancong yang membawa laptop 
Beg sandang belakang ini mempunyai ruangan berpad untuk melindungi laptop bersaiz 10-17 inci, selain mempunyai banyak poket untuk menyimpan kabel,wayar sambungan dan kertas kerja. Ia juga boleh menjadi  tempat simpanan ekstra bagi barang-barang  yang tidak dapat dimuatkan ke dalam bagasi utama.
 
EXTRA: BAGASI JENIS CARRY-ON
Sesuai untuk: Pelancong yang tidak membawa banyak barang, sangat mementingkan mobiliti atau tidak mahu membayar caj bagasi.
Semua jenis beg , dari bagasi beroda sehingga duffle, mempunyai saiz carry-on yang selalunya tidak perlu didaftar masuk.  Kebanyakan syarikat penerbangan membenarkan beg carry-on yang bersaiz tidak lebih daripada 22 x 14 x 9 inci.