Apabila tiba musim cuti sekolah, kita semua kelam-kabut melayari booking.com, Agoda, SOTA dan pelbagai portal tempahan pelancongan untuk merancang percutian bersama keluarga. Benar, hotel atau resort merupakan aspek terpenting ketika memilih destinasi percutian. Kali ini, LIBUR paparkan lapan buah hotel dan resort sesuai untuk musim cuti sekolah menjelang Mei nanti. - m/s 20

 

AKTIVITI: Mencabar kemampuan Diri Di Escape Adventureplay

Pulau Pinang bukan hanya dikenali sebagai 'syurga' nasi kandar atau pasembor. Banyak lagi perkara menarik boleh dilakukan di sini. Contohnya, destinasi terbaru Ascape Adventureplay yang bakal mencabar kemampuan diri andadengan melakukanpelbagai aktiviti lasak. - m/s 45

 

PENGINAPAN PILIHAN: Renaissance Johor Bahru

Tidak kira di mana atau mengapa anda mengembara, pasti ada sesuatu kelainan yang bakal ditemui. Begitu juga hotel mewah terbaru ini, berkapasiti 345 ruang inapan, ia lengkap dengan kemudahan bagi urusan perniagaan dan inapan serba eksklusif! - m/s 52

 

KELILING DUNIA: Menjejak Ulat Kalimantang Waitomo

Waitomo yang membawa maksud 'aliran yang mengalir ke dalam sebuah bukaan di dalam tanah' merupakan salah satu tarikan utama New Zealand. Terletak di North Island, New Zealand, perjalanan ke Waitomommengambil masa tiga jam daripada Auckland dan hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan daripada Rotorua dan Hamilton. - m/s 70

 

PAKEJ BAJET: 10 Pakej Homestay Pilihan LIBUR

Sekali-sekala jom berubah angin utnuk bercuti di homestay bersama teman-teman. Alami keseronokan berada dalam komuniti perkampungan yang jauh dari kota. Keramahan dan kemesraan orang kampung pastinya bakal menjadi sesuatu memori yang tidak dapat dilupakan. -m/s 78

 

MENARIK BULAN INI

Antara kandungan terbaik selain 8 destinasi pilihan musim cuti sekolah, ikuti cerita Pesta layang-layang di Pasir Gudang, 8 aplikasi telefon bantu anda ketika bercuti, +15 tip perlu tahu sebelum ke Seoul, Tarikan Taiping yang tidak pernah membosankan, Ada apa dengan Kelantan?, Personaliti: Bersama presiden Malaysian backpackers club dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah Libur keluaran April 2014!