Inapan famili terbaik! Itulah tiga perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan apa yang LIBUR ingin paparkan kali ini. D'Brug Homestay, pasti ramai yang masih tidak mengetahui tentang kewujudannya kerana inapan ini baru sahaja beroperasi di pertengahan tahun 2013.

 

Setelah mendapat panduan daripada pemilik homestay, kami sampai juga ke destinasi. Bangunan homestay berwarna kuning ini tersergam megah di depan mata kami. Dek kerana kedatangan penulis dan jurugambar datang dari seberang riverline, kami perlu melalui sebuah jambatan kecil untuk ke homestay.

 

Bagi penulis, menempuhi laluan jambatan ini bagaikan simbolik. Ia bagaikan menyapa kehadiran tetapu untuk menyatakan bahawa homestay ini bakal menjadi jambatan penghubung kasih yang bakal mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, khas buat mereka yang menginap di sini.

 

Kehadiran penulis dan krew disambut mesra oleh seorang lelaki yang telah menjangkau usia lima puluhan yang mesra dipanggil dengan nama Keong. Kmai dibawa untuk meninjau di segenap homestay.

 

Menurut pemilik, idea untuk mendirikan homestay berkonsepkan moden sebegini tercetus kerana dia sudah lama mengembara di negara orang. Justeru itu, tidak hairan jika para tetamu mampu merasakan aura seperti berada di luar negara ketika menginap di sini.

 

DESTINASI PERCUTIAN HEBAT SEISI KELUARGA

Meskipun baru setahun jagung, D'Brug Homestay sebenarnya telah berjaya mendapat tempat di hati mereka yang sering bercuti bersama keluarga terutama pelancong dari luar negara dan Singapura. Menurut Keong, kebanyakan mereka yang bertandang ke sini merupakan kenalan kepada tetamu yang pernah menginap di sini dan juga tetamu dari media sosial.

 

Mendapat sentuhan peribadi oleh pemilik homestay, setiap ruangan inapan punyai karya artistik moden yang berbeza-beza. meskipun begitu, pemilik homestay bijak bermain dengan ruangan kecil yang dipadankan bersama perabot IKEA, lantas memberikan gaya yang lebih minimalis dan rasa yang 'lebih besar' pada ruang inapan.

 

MENARIK BULAN INI

Selain kisah homestay D'Brug yang bertempat di Melaka ini, ikuti juga 10 Homestay Pilihan Libur, 20 Tip Mengembara Secara Solo, Destinasi BUlan Madu Mesti Pergi: Puncak Naga Pilatus, Inapan Unik Atas Air: Ombak Villa By langkawi Lagoon, Kelliling Malaysia Mana Nak Pergi Dengan RM200 dan banyak lagi paparan menarik. Smeuanya boleh diperolehi menerusi keluaran November 2013.