Kehilangan pasport dan dokumen perjalanan pastinya merupakan suatu mimpi ngeri apabila berada di negara orang. Ketahui apa yang perlu anda lakukan sekiranya perkara tidak diingini ini berlaku kepada anda.

 

Langkah 1: Laporkan kehilangan

Pastikan anda membuat laporan polis terlebih dahulu. Laporan tersebut haruslah tidak bercanggah dan benar. Jika ada perkara yang anda tidak pasti, nyatakan sahaja tanpa tokok tambah.

 

Langkah 2: Dapatkan nasihat

Dapatkan khidmat nasihat Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di luar negara untuk membantu anda pulang ke Malaysia dengan selamat.

 

*Langkah tambahan

Sekiranya kehilangan pasport adalah disebabkan keciciran atau salah letak (bukan sebab kecurian, ragut, bencana alam dan lain-lain), ambil sedikit inisiatif untuk mencari pasport anda terlebih dahulu. Jejak kembali perjalanan anda sekiranya anda berada di luar negara.

 

Sebaiknya, lakukan langkah-langkah pencegahan dan menjaga sebaik mungkin pasport walau di mana jua anda berada. Sentiasa pastikan pasport anda berada di dalam penjagaan yang selamat dan disimpan sebaik mungkin ketika berada di hotel atau ketika melakukan aktiviti liburan.

 

Tip mudah jaga pasport!

a) Ambil salinan fotokopi pasport anda menggunakan telefon pintar.

b) Asingkan ruang penyimpanan pasport dengan barangan berharga yang lain seperti wang dan kad kredit serta dapatkan insuran perjalanan.

c) Penggunaan 'pouch', 'money belt' dan 'travel underwear with pockets' juga amat digalakkan untuk memastikan pasport anda selamat bersama anda.