Untuk idea destinasi isu September ini, kami paparkan tujuh destinasi taman tema terbaik yang terdapat di Malaysia. Untuk percutian bersama keluarga tidak semestinya anda perlu pergi jauh kerana bercuti di dalam Malaysia juga sudah seperti berada di negara luar.

 

GENTING HIGHLAND, PAHANG

Genting Highland atau tanah tinggi Genting merupakan puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia. Menjadi lokasi peranginan pilihan di Malaysia, lokasinya merentasi  sempadan negeri Pahang dan Selangor. Perjalanan ke Genting Highland mengambil masa kira-kira satu jam menaiki kereta dari Kuala Lumpur ataupun bergerak melalui kereta kabel yang terpantas di dunia. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimiliki anak syarikat  Genting termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awani Genting dan First World Hotel.

 

Genting Highland Resort juga dikenali sebagai 'Las Vegas Malaysia' kerana disinilah terdapat satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia dan dikendalikan oleh kumpulan Genting. Terdapat dua taman tema yang disediakan iaitu taman tema outdoor dan taman tema indoor. Terdapat juga kompleks membeli belah First World Plaza yang menyediakan perlbagai jenis permainan serta enam kawasan bertema yang berasaskan ibu kota dan tempat terkenal di seluruh dunia seperti Perancis (Champs Elysees), England (London), Itali (Venice), Amerika (Times Square dan Universal Walk), Switzerland (banjaran Swiss) dan Malaysia (Genting Walk).

 

Selain Genting Highland di Pahang, majalah LIBUR juga ada mengetengahkan Wet World Shah Alam, Selangor, Gold Coast Morib Water Theme park, Bukit Gambang Resort City, Melaka Wonderland, Legoland malaysia dan Sunway Lagoon.

 

MENARIK BULAN INI

Selain percutian dalam Malaysia, iktui juga percutian di luar negara seperti "Traders Hotel Yangon: Ketahui apakah keitimewaan hotel ini", "Pengembaran bersama Apple Vacation ke Itali yang menyeronokkan", "Capoeira yang mengasyikkan", "10 penginapan paling unik di dunia" dan banyak lagi. Terselit juga "Sisipan Khas: Kembara Sutera, Terokai Cihna bersma CRI". Semuanya boleh didapti menerusi majalah LIBUR isu September 2013.