Menghabiskan masa hujung minggu ini dengan berkelah di tepi pantai pun idea yang sangat menarik. Selain bermandi-manda, siapa kata anda tidak boleh bergaya di pantai, sambil membiarkan bayu laut singgah ke muka. Inilah masanya untuk posing cantik sebagai kenang-kenangan saat bercuti. Elak fesyen yang janggal agar tidak menjadi bahan lawak pengunjung lain.

 

SANDAL

Pilih sandal yang selesa untuk berjalan di atas pasir jika anda menolak untuk berkaki ayam. Sandal bertali yang ringkas adalah paling cantik disarung pada kaki malah sandal juga mudah kering apabila terkena air.

 

TOPI

Pilih topi lebar bercorak floppy and striped yang comel ini. Corak belang yang semakin popular dan tepi topi yang luas memberi anda lebih perlindungan dari terkena cahaya matahari.

 

Scarf kepala juga sesuai jika digayakan dengan gaun maxi manakala topi fedora sesuai digayakan bersama singlet buat lelaki.

 

PARIO

Kain bercorak flora atau geometri ini bertujuan untuk menampakkan sisi feminin anda. Pemakaian yang ringkas iaitu hanya mengikat dari tepi pinggang sangat selesa dan mudah digunakan oleh anda yang suka kelihatan polos serta semulajadi.

 

CERMIN MATA

Kaca mata gelap merupakan aksesori yang perlu ada jika anda mahu berjemur. Kaca mata ini bukan saja berperanan sebagai satu fesyen tetapi melindungi penglihatan anda dari terus merasa pedih kerana panahan panas dan pasir berterbangan. Kaca mata lebar adalah pilihan tepat kerana lebih menarik.

 

SELUAR PENDEK

Tidak semua seluar pendek tampil bergaya untuk ke pantai. Seluar pendek berwarna ceria dan sama ada corak atau plain menjadikan anda seorang beach boy yang kacak dan menjadi tumpuan.

 

GAUN

Dikenali sebagai sundresses ini buat anda yang mahukan keseronokan dan keselesaan. Bukan saja berfabrik nipis yang mudah kering, ia juga ringan dan tampil comel buat gadis-gadis pantai.

 

Merakam keindahan pantai bukan terhad kepada kawasan sekeliling. Bagi menambah indahnya gambara yang diambil, sila jangan abaikan cara anda berpakaian. Jika sudah minat fesyen, ke mana saja anda pergi fesyen tetap utama. Jangan bataskan minat berfesyen anda walaupun anda sedang berjalan-jalan di tepi pantai!