Ada sesetengah orang yang sukakan percutian mudah dan tidak memeningkan kepala. Sebab itulah mereka memilih untuk bercuti dengan perancangan yang ditetapkan oleh agensi pelancongan. Biasanya percutian begini dipilih apabila melibatkan percutian syarikat atau keluarga secara besar-besaran. Entri kali ini memberi enam panduan memilih agensi pelancongan yang betul. Ayuh, berlibur!

 

*Buatlah kajian perbandingan harga pakej percutian yang ditawarkan. Biasanya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Jangan mengejar yang termurah kerana dikhuatiri iagagal memenuhi kehendak anda. selaraskan bajet dengan pakej yang mahu dipilih.

 

*Bagi mengelakkan anda daripada tertipu dan sebagainya, anda harus memastikan latar belakang agensi pilihan. Pastikan lesen dan permit syarikatnya sah.

 

*Walaupun semua urusan pengangkutan diuruskan oleh agensi, anda harus mengambil tahu tentang syarikat penerbangan serta jenis perjalanan yang disediakan oleh agensi anda.  Kadang-kadang ada sesetengah syarikat penerbangan akan mengenakan kos-kos tambahan yang tidak relevan atau ia ditambah secara ‘sembunyi’ oleh agensi anda.

 

*Ambil tahu tentang lokasi penginapan anda ketika bercuti.

 

*Kenal pasti cara bayaran yang dibuat sama ada menggunakan wang tunai, kad kredit, bayaran atas talian, dan sebagainya.

 

*Sebelum membuat sebarang bayaran kepada agensi pelancongan, pastikan tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan. Ini adalah cara paling mudah bagi agensi pelancongan untuk menuntut bayaran lebih daripada anda.