Waktu bercuti adalah waktu untuk enjoy dan berehat. Pasti akan rosak percutian itu kalau anda terlibat dengan kemalangan ataupun sakit sepanjang waktu di tempat percutian.

 

Ketahui 10 cara mudah untuk mengelakkan dari tercedera ataupun sakit sepanjang bercuti.

 

1. Cucuk vaksin - Pergilah ke klinik kerajaan atau hospital swasta bagi mendapatkan khidmat ini. Periksa terlebih dahulu vaksin apa yang perlu mengikut negara yang anda mahu pergi tersebut.

 

2. Jauhi makanan separa masak atau mentah di hotel.

 

3. Pastikan anda minum air mineral dari botol sahaja. Jangan jerang air paip atau water filter untuk minum.

 

4. Jangan mandi manda dalam kolam air yang berkeladak atau tampak kotor. Kita tidak tahu bakteria dan kuman apa yang ada dalam air tersebut.

 

5. Habiskan masa di bawah teduhan.

 

6. Elakkan street food. Lebih baik makan di restoran yang mempunyai reputasi yang baik.

 

7. Sebaiknya jangan minum air berais. Kita tidak tahu sumber air yang membentuk ais tersebut.

 

8. Pastikan anda kekal hidrat dan banyakkan pergerakan sepanjang dalam penerbangan yang lama dan panjang.