Apabila waktu percutian sudah hampir pasti ramai antara kita tidak tahu dimanakah tempat yang menarik untuk kita bawa keluarga atau teman bercuti.

Nak keluar ke luar negara tapi tidak mampu kerana kos yang tinggi dan banyak dokumen perlu lakukan seperti passport dan visa.

Apa kata cuba teroka dalam negara sendiri dahulu. Kali ini pihak Libur kongsikan 7 pulau yang menarik yang terdapat di Sabah tetapi terasa seperti luar negara apabila berada disitu.

Jom saksikan keindahan pulau ini. Jangan lupa simpan duit untuk melancong!

1. Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/libur/30082016/pulau%20sabah/Pulau%20Bohey%20Dulang,%20Semporna,%20Sabah.jpg


Pulau ini dikenali sebagai Pulau Bohaydulong  atau Pulau Bohidulong dimana jarak perjalanan dari bandar Semporna mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja dengan menaiki bot.

2. Pulai Kapalai, Semporna, Sabah

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/libur/30082016/pulau%20sabah/Pulai%20Kapalai,%20Semporna,%20Sabah.jpg


Pulau ini terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pulau Sipadan dan ia amat terkenal bagi pengemar sukan Skuba dan Snorkeling. Pulau ini turut menjadi pilihan sebagai destinasi bulan madu bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

3. Pulau Banggi, Kudat, Sabah

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/libur/30082016/pulau%20sabah/Pulau%20Banggi,%20Kudat,%20Sabah.JPG


Pulau ini merupakan pulau terbesar di Malaysia dan ia lebih besar dari Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

4. Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/libur/30082016/pulau%20sabah/Pulau%20Bum%20Bum,%20Semporna,%20Sabah.jpg


Pulau ini terletak berhampiran dengan perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Saiz pulau ini lebih kurang sebesar Singapura. Pulau ini terkenal dengan airnya yang bersih (cyrstal clear).

5. Pulau Mataking, Semporna, Sabah

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/libur/30082016/pulau%20sabah/Pulau%20Mataking,%20Semporna,%20Sabah.jpg


Kalau lihat pada gambar seperti pulau di luar negara tetapi hakikatnya ia di Sabah! Pulau ini amat terkenal bagi pelancong yang melancong ke Sabah kerana ia tidak lengkap percutian kamu jika tidak datang ke pulau ini. Harus cuba!

6. Pulau Timba Timba, Semporna, Sabah

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/libur/30082016/pulau%20sabah/timba%20timba2.jpg


Pulau ini ramai yang tidak tahu kerana jarang pelancong berkongsikan pulau ini. Jika kamu cari pada Google pasti kamu akan kecewa untuk melihat pulau ini. Tetapi nasib baik ada yang sudi berkongsi bersama Libur untuk melihat keindahan pulau ini.

7. Pulau Sibuan, Semporna, Sabah

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/libur/30082016/pulau%20sabah/Pulau%20Sibuan,%20Semporna,%20Sabah.jpg


Nama pulau ini sama seperti pulau yang terletak di Johor tetapi ia berbeza dari penghuni dan kawasan kelilingnya. Pulau ini diduduki oleh golongan etnik Bajau Laut. Pulau ini menjadi pilihan peminat diver kerana lautnya yang sesuai untuk aktiviti tersebut.