Apa perasaan anda jika diganggu penduduk tempatan ketika bercuti? Tiap kali keluar untuk bercuti atau melakukan aktiviti, ada sahaja mata-mata 'gatal' yang memerhati. Percutian yang diharapkan selamat dan tiada gangguan menjadi masalah apabila pelan bercuti 3 hari dua malam terpaksa memerap dalam bilik kerana bimbang atau takut diganggu.

 

Biasanya dalam kes ini, pelancong perempuan yang sering menjadi mangsanya. Tiada daya melawan dan tidak mempunyai kekuatan mental untuk mempertahankan hak wanita. Tetapi jangan tidak tahu, lelaki juga terkena tempiasnya.

 

Antaranya ialah isteri cantik yang diusik oleh penduduk tempatan ataupun dugaan suami kacak yang diganggu wanita jelita ketika melancong. Ini bukan sahaja menyakitkan mata, malah menggugat jiwa dan mental. Jadi buat apa bercuti kalau semua ini terjadi. Semua ini bergantung pada diri sendiri dan situasi.

 

Banyak caranya untuk mengelakkan semua ini. Mari Libur berikan beberapa tip penting yang boleh menjadi panduan anda.

 

Tip 1

Bagi yang perempuan, jangan pakai baju yang menjolok mata dan mengundang mata-mata nakal si miang.

 

Tip 2

Pastikan melancong berteman tidak kiralah lelaki ataupun perempuan demi keselamatan.

 

Tip 3

Jangan terlalu berkepit dan sentiasa menunjukkan kemesraan kepada umum untuk mengelakkan dipandang serong oleh orang ramai. Semakin anda bermesra, mereka akan lebih mengusik untuk menguji mentaliti anda.

 

Tip 4

Bagi lelaki pula, janganlah terlalu menonjolkan diri anda ketika melancong. Biarpun anda kacak, anda haruslah bersikap seadanya dan harus sedikit dingin. Bukan apa, perlu untuk mengelakkan gangguan wanita di luar sana.

 

Tip 5

Berpakaian seperti anda sudah berkeluarga. Bukan sendat mendat seperti zaman anak dara. Ini untuk mengelakkan mereka di luar sana keliru status anda sama ada bujang atau telahpun berkahwin.