Untuk merasakan diri pada zaman purba dan inin mengkaji sejarah dunia? Nine Mile Canyon merupakan satu destinasi yang harus kamu pergi. Ia terletak di Timur Utah, Amerika Syarikat dan merupakan satu tempat seni di atas batu yang merupakan terbesar di Amerika Utara.

 


Ahli arkeologi telah mendakwa bahawa terdapat sejumlah seni di atas batu telah dikenal pasti dan ia telah melebihi sebanyak 10 kali ganda lebih banyak daripada 10 ribu ukiran yang telah ditemui sebelum ini, sekali gus digelarkan sebagai galeri seni terpanjang di dunia.

 


Nine Mile Canyon terhasil daripada rekahan sungai Nine Mile Creek yang menyambungkan kepada Green River, dan panjang sebenarnya adalah 40 batu (64 Kilometer). Nama tersebut telah diberikan oleh penjelajah asal tempat itu iaitu John Wesley Powell.

 


Jika dilihat pada gambar, kebanyakkan ukiran dinding lembah ini dibuat oleh Kaum Fremont Indians yang menetap di Nine Mile Canyon seawal 300 AD. Kaum tersebut merupakan jenis berpindah randah dan bergerak satu tempat ke suatu tempat untuk mencari sumber makanan.

 


Apabila menjelang 950 AD sehingga 1250 AD yang merupakan kemuncak budaya kaum tersebut, ukiran pada dinding batu telah dilakukan. Menjelang 1500 AD, budaya tersebut telah lenyap dan tidak dapat dikenal pasti, tetapi ia dianggapkan kerana muncul puak Ute, Paiute & Shoshoni yang menghalau mereka keluar dariapda lembah tersebut.

 


Ukiran batu dan artifak purba seperti kediaman batu dan jelapang padi telah dilindungi oleh undang-undang Amerika Syarikat, tetapi seni yang terdapat di lembah ini masih lagi terdedah kepada hakisan debu akibat peningkatan kenderaan yang lalu-lalang di situ.