Istimewa Ramadan kali ini, Hotel Grand BlueWave Shah Alam bakal menyajikan aneka juadah bufet dengan lebih 250 hidangan 100% halal setiap hari dengan menampilkan citarasa Tradisional Alam Melayu Nusantara dan Antarabangsa.

 

Promosi bufet Ramadan  di sini tersedia sepanjang bulan Ramadan dengan pilihan dua pakej iaitu Barakah al-Mubarak dan Fitrah al-Mubarak. Lebih istimewa, tempahan empat dewasa pada 1-10 Ramdan berpeluang membawa seorang lagi dewasa secara percuma.

 

Bagi pakej Barakah al-Mubarak ada disediakan di Restoren Royale Songket aras lobi manakala pakej Fitrah al-Mubarak terletak di aras 1.

 

BlueWave juga ada menyediakan 'menu mesti cuba' seperti Kambing Golek Sumbat Kebbeh bersama Kabees Al Qarnabeet & Nasi Oozy Morocco, Ikan Panggang Ala Portugis, Rendang Penanggah, Rosu Katsudon, Guacamole Asparagus Bebola Ketam, Seleksi Pizza & Burger dan pilihan tujuh jenis nasi.

 

Jika anda mahu berbuka puasa dengan pemanis mulut seperti Baqlava, Dorayaki, Walnut Pie dan banyak lagi sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara langsung, di sinilah lokasi berbuka paling sesuai seisi keluarga dan teman-teman.

 

Lebih menarik, anda tidak perlu berkejar masa kerana solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah dengan Imam di Musola yang dikhaskan juga tersedia. Macam menarik!