Sepanjang bulan April 2014 ini, Hotel Grand BlueWave Shah Alam yang terkenal dengan hidangan halal kini tampil dengan  menu daripada resipi terpilih masyarakat Jawa di Restoren Royale Songket. Tiba masanya anda merasa keenakan sajian asli jawa di sini.

 

Memperkenalkan konsep istimewa ala-ala masuk kampung ke ruang dapur, "Yok Maring Dapur" memberi peluang para tetamu untuk menikmati sajian bufet makan tengah hari dengan menu-menu terpilih bermula dengan pembuka selera, sup, variasi jenis nasi, lauk-pauk utama, ulam-ulaman dan juga pemanis mulut.

 

Sebaik saja anda tiba di Restoren Royale Songket ini, anda harus merasai sendiri keunikan cita rasa hidangan Jawa seperti Nasi Ambeng, Pecal Jawa, Udang Pecel Goreng, Deng Deng Kambing Salai Cili Kerinting, kerangupan Inang Inang, Acar Rampai, Lemak Pucuk Manis Keledek, Gulai Kari Ayam dan banyak lagi.

 

Lebih istimewa, bulan promosi hidangan Jawa ini turut menyelitkan makanan lain seperti dari barat dan beberapa pemanis mulut ciptaan Chef Firdaus. Anda boleh menikmati hidangan yang penuh pelbagai ini.

 

Sajian bufet makan tengahari ini bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 2.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kadar harga RM89.35 dikenakan bagi dewasa, RM44.70 untuk kanak-kanak manakala tawaran hebat buat warga emas berumur 60 tahun ke atas hanya berharga RM66.15 seorang.

 

Siapa kata anda tidak boleh menikmati Nasi Ambeng di hotel mewah? Hotel Grand Blue Wave Shah Alam ada jawapannya!