Jika anda sudah cukup bosan bergambar secara berdiri tegak dan pose tangan bentuk ‘peace’ di hadapan bangunan bersejarah atau lokasi-lokasi menarik yang anda kunjungi, apa kata tukar cara anda bergambar dengan sedikit aksi lebih gila. Sebenarnya cara ini bukanlah baru di negara-negara luar, namun orang kita sahaja yang tidak berani mencuba.  Mungkin ada yang beranggapan ia satu aksi yang tidak masuk akal, tetapi aksi sebegini lebih mudah dijadikan kenangan. Atau anda pasti terkenang-kenang.

 

Owling

Gaya ‘Owling’ merujuk kepada gaya duduk mencangkung seperti burung hantu. Percaya atau tidak, sudah ramai yang mempraktikkan gaya ini meskipun gaya ini memerlukan anda belajar mengimbangi tubuh badan. Kebanyakan aksi ini dilakukan di atas tebing atau tembok batu.

 

Teapotting

Diambil daripada perkataan teko (teapot) merupakan aksi di mana tangan anda membentuk seperti muncung teko. Jika tak dapat bayangan, cuba buka video klip lagu kanak-kanak “I’m a Little Teapot’.

 

Planking

Aksi meniarap ini menjadi satu hobi dan minat orang ramai untuk bergambar. Aksi ringkas tetapi telah menjadi begitu sensasi. Anda hanya perlu meniarap dan menegakkan badan. Tidak akan ada sesiapa yang mahu memarahi anda beraksi sebegini. Ini bukan ‘rare’.

 

Koalaing

Buang rasa malu untuk ‘bergayut’ seperti haiwan comel dari Australia ini. Rasa malu hanya dirasai selama beberapa minit tetapi kenangan yang mencuit hati ini memberi kesan kepada anda bertahun lamanya!

 

Kamehamehameha

Inspirasi daripada manga Jepun, Dragonball, aksi ini juga salah satu aksi yang mencetuskan sensasi di laman-laman sosial. Bagi peminat yang sinonim dengan watak yang ada di dalam komik Jepun, anda bolehlah meniru aksi seolah-olah berlawan dengan musuh. Melibatkan ramai rakan lebih menarik.

 

Jadi yang mana satu bakal anda lakukan dahulu? Planking boleh jadi yang paling mudah, owling yang paling sempoi. Jika anda mempunyai aksi-aksi luar biasa lain, dan idea baru yang gempak, jangan lupa kongsi bersama pembaca Libur yang lain, ya!

 

Happy planking!