Untuk melancong ke negara orang denagn bajet yang rendah perlu persiapan yang rapi dan kena pandai hadap segala situasi. Seorang gadis yang merupakan pelajar UTHM, Izyan Afiqah Abu Bakar, 24, telah bercuti ke Boracay, Manila dan Baguio dengan bajet RM838 sahaja.

Murah bukan? Rasa macam tak percaya je dia dapat bercuti dengan harga semurah itu. Kalau nak tahu, jom baca apa yang dia telah kongsikan bersama Libur.

 


Itinerary Boracay-Manila-Baguio City

Budget dibawah termasuk tiket penerbangan Air Asia, hostel, aktiviti, transportation dan lain-lain (van, boat, bus, tricycle, jeepney, LRT, taxi, uber). Makanan bawak dari Malaysia je. Total semua RM838 untuk 8 hari dan dapat cover 3 tempat di Philippine. Rate time aku tukar 100 Peso = RM8.80. Itinerary ini bukan nak lawan siapa lagi murah ke apa ke, cuma nak kongiskan kos aku dekat sana sahaja ya.

 


1st day

- Tiket flight Air Asia KL-Manila-Kalibo-Manila-KL (RM100) *beli awal setahun
8.20 am - 12.15 pm : Flight KL to Manila

- Beli Simcard Globe unlimited for 7 days dkt airport (300 Peso)

- Shuttle bus from Terminal 3 to Terminal 4 (20 Peso)
5.35 pm - 6.40 pm : Flight Manila to Kalibo

- Van + boat to Jetty Boracay (250 Peso)

- Environment fee (100 Peso)

- Terminal fee (75 Peso)

- Tricycle 100/2 (50 Peso)

- Check in Boracay Backpacker for 3 night (RM128)

 


2nd day

10.00 am : Helmet diving (525 Peso)

- Zipline + cable car (700 Peso)

- Jonah Mango Shake (100 Peso)

- Jalan2 dekat D'Mall dan D'Talipapa

- Tricycle blk hostel 50/2 (25 Peso)

 


3rd day

9.30 am: Island hopping (500 Peso)

- Crystal Cove - entrance (200 Peso)

- Magic Island - Cliff Jumping (150 Peso)

- Puka Beach

- Crocodile Island

- Snorkeling area

- Sunset White Beach

 


4th day

5.00 am : Sunrise

- Paddle boat (40 Peso *amik gambar jee)

- Tricycle return Mount Luho 250/2 (125 Peso)

- Entrance Mount Luho (120 Peso)

- Tricycle to Jetty 100/2 (50 Peso)

- Tax Jetty (100 Peso)

- Boat (25 Peso)

- Van to Kalibo Airport (175 Peso)

- Airport tax domestic flight (200 Peso)
7.20 pm - 8.25 pm: Flight Kalibo to Manila

- Coupon taxi airport to Lokal Hostel 440/2 (220 Peso)

- Check in Lokal Hostel Makati for 4 night (RM153)

 


5th day

10.00 am: Uber to Golden Mosque 160/2 (80 Peso)

- Jeepney to Intramuros (7 Peso)

- Jeepney to City Hall (7 Peso)

- LRT to EDSA Station (20 Peso)

- Jeepney to Mall of Asia (7 Peso)

- Uber to Lokal Hostel 102/2 (51 Peso)

 


6th day

3.00 am: Uber to Pasay Terminal
4.00 am - 10.00 am : Bus Victory Liner to Baguio City return (910 Peso)

- Jeepney to Mall (8.5 Peso)

- Jeepney Mall to Strawberry Farm (11 Peso)

- Jeepney Strawberry Farm to Mural House (8.5 Peso)
 
- Jeepney Mural House to Baguio City (8.5 Peso)

- Jeepney Baguio City to Victory Liner (8.5 Peso)
7.00 pm - 1.00 am : Bus Baguio to Manila

- Uber to Lokal Hostel

 


7th day

9.00 am : Uber to Hard Rock Cafe Makati 54/2 (27 Peso)

- Uber HRC to Venice Piazza 86/2 (43 Peso)

- Uber to Lokal Hostel 142/2 (71 Peso)

 


8th day

9.00 : Jalan2 pergi A Venue Mall

- Uber to Airport Terminal 3
12.40 pm - 4.35 pm : Flight Manila to KL

Total : 5193 Peso (RM457) + RM100 + RM128 + RM153 = RM838

 


Notes :

*Tiket flight aku beli setahun awal ye time promo last year dan iye memang nampak serabut sikit sebab kena turun Manila dulu dan seterusnya, habis dah memang nak tiket murah kena macam gitu. Nak buat cane? Haha.

*If turun airport Manila, untuk international flight Terminal 3, domestic flight Terminal 4

 


*Agak jauh juga antara terminal, so kena naik shuttle bus - keluar arrivall hall belah kanan nampak bas2

*Keluar airport Kalibo, berlambak orang offer van + boat. Van 200, boat 50. So better beli asing sebab harga boat boleh beli sendiri 30 Peso jee. Kaunter boat dengan tax sebelah2.

 


*Harga satu tricycle standard 100 peso so divide lah 4-5 orang. Murah kalau pergi ramai, aku 2 orang je.

*Nak ambil aktiviti please jangan ambil dekat area white beach sebab situ diorang dah markup. And better ambil satu-satu aktiviti sebab aku dah kira yang ambil pakej (4-5 aktiviti terus) lagi mahal daripada amik satu2.

 


*Kalau dari Station 2, jalan kaki jee ke Bulabog Beach. Situ tempat permulaan segala aktiviti dan boleh dpt lagi murah. Beli dgn org2 yg jual dkt khemah, jgn beli dkt org yg tepi2 jalan.

*Kena pandai bargain ye utk dpt harga murah. Jgn main bedal jee amik bila diorg offer. Haha.

 


*Sunrise area Bulabog Beach, sunset area White Beach.

*Souvenir lagi murah dkt D'Talipapa. D'Mall mahal tau.

*Makanan halal ada nampak dkt D'Mall, kedai arab. Tak sure apa nama sbb tak pergi. Boleh juga beli udang ikan bla bla dekat wet market, then suruh kedai yang tulis halal masak. Harga tak sure haha.

 


*Nak balik dari Kalibo Airport ada tax. Utk International Flight 700 Peso, utk Domestic Flight 200 Peso.

*Dekat Manila boleh naik uber, taxi mahal okay haha.

*Harga jeepney dekat Manila memang 7 peso jee sekali naik, harga jeepney dkt Baguio lain2. Kena tanya driver ye.

*Golden Mosque area orang Muslim dekat Manila. Situ ada makanan halal dan agak murah. Macam area masjid india kl kot?

*Nak ke Baguio naik bus Victory Liner dari Pasay/Cubao Terminal. Better amik bas plg awal 4 pagi. Balik ptg or tidur sana pon okay. Nak ke sana 6 jam ye sehala.

*Baguio ibarat Cameron Highland. So sejuk lah juga.

*Orang Philippine fasih Bahasa Inggeris ye, so takda masalah nak berkomunikasi dengan diorang.

*Budget Boracay aku dekat atas just dalam RM500 all in. Kalau 1 tempat je memang boleh dapat murah ye. Aku pergi 3 negeri dalam Philippine kot and 8 hari. Tengok juga aktiviti apa yg kau buat. Lagi sikit aktiviti, lagi sikitlah kos kau. So stop compare ye?

Harga dekat atas boleh lagi murah kalau pergi ramai. Lepas tu dah last2 day aku byk naik uber sbb duit byk lagi sbb mula2 dok save duit mcm apa. kahkah. If naik jeepney sangat2 dapat save tau. Apa2 pertanyaan boleh pm ye. Terima kasih


Sebelum itu, pihak Libur telah bertanyakan tentang peralatan yang selalu beliau bawa ketika bercuti atau melancong dan jawapannya adalah passport (sudah semestinya), telefon dan gopro (SjCam dan jenama lain pon boleh kalau tak mampu). Selain daripada itu, travel adapter, bekal makanan (kalau dah tahu negara itu mahal dan susah nak dapat makanan halal). Peta di negara itu boleh minta dekat tourist information mereka. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk bercuti dan teroka di negara lain. Selamat bercuti!