Kembara Korea SSP BSN 2014 dengan kerjasama agensi pelancongan Lintas Travel membawa 96 pemenang bersama pasangan untuk menjejakkan kaki di bumi Winter Sonata. Mereka yang mengikuti kembara ini ialah pemegang Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional yang memenangi hadiah percutian tersebut melalui cabutan bulanan SSP.

 

Sepanjang aktiviti percutian berlangsung, para peserta dibawa ke tempat-tempat menarik seperti Pulau Nami, Gyeongbokgung Palace, Muzium Patung Beruang, Mount Sorak dan Taman Tema Everland.

 

β€œProgram Kembara Korea SSP BSN 2014 yang bermula dari 13 hingga 18 Jun lalu merupakan pakej percutian yang berbentuk tawaran hadiah yang baru diperkenalkan, dalam usaha memberikan kelainan buat para pemenang cabutan bulanan SSP. BSN ingin memberikan pengalaman percutian untuk melihat sendiri keindahan yang ada di luar negara,” kata Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar.

 

β€œIa juga adalah sebagai tanda terima kasih kami di atas sokongan yang berterusan terhadap produk BSN. Diharap program sebegini bakal menjadi landasan di antara semua pihak bagi mengeratkan lagi hubungan yang terjalin,” katanya lagi.

 

Dengan mengikuti Kembara Korea SSP BSN 2014, para peserta dibawa untuk mengunjungi hampir 20 tempat tarikan yang ada di Korea. Meskipun dengan jadual yang agak padat, kesemua peserta dilihat begitu teruja dalam menikmati percutian mereka.

 

Sijil Simpanan Premium BSN kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana memberikan pulangan yang lumayan serta peluang untuk memenangi banyak hadiah-hadiah yang menarik.