Perkara terbaik untuk mendapatkan percutian impian adalah dengan mengetahui jenis pengalaman yang anda dambakan. Sebelum anda mula menempah tiket, berbincanglah bersama teman atau beberapa ejen pelancongan untuk mengetahui destinasi-destinasi yang sesuai dengan bajet anda. Jika anda sudah mempunyai lokasi, ikuti tip ini untuk membantu anda bercuti dengan bajet yang ada.

 

1. Melancong ketika luar daripada musim.Anda boleh periksa tarikh-tarikh yang dijangka luar dari musim di pusat ejen pelancongan. Selalunya, tarikh-tarikh yang tidak ramai orang bercuti adalah paling murah.

 

2. Berkongsi.Apabila anda melancong bersama teman, pastikan anda tidak kisah untuk berkongsi bilik. Menempah satu bilik semestinya lebih murah berbanding menempah dua bilik berasingan. Di tempat penginapan nanti, anda boleh meminta ekstra bantal atau tilam.

 

3. Tempahan awal.Mulai sekarang, anda sudah boleh menempah tiket lebih awal untuk percutian pada masa akan datang. Anda boleh mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah jika anda menempah hari ini untuk bertarikh melancong pada tahun hadapan! Tetapi ada juga penerbangan yang menawarkan tiket murah ketika promosi dan seeloknya anda sentiasa periksa agenda promosi mereka setiap masa.

 

4. Fleksibel.Jika anda mahu lebih murah, anda boleh menaiki kenderaan awam seperti bas atau keretapi untuk melancong asalkan anda mampu bertahan berjam-jam di atas jalan. Anda bukan saja banyak berjimat tetapi boleh melihat keindahan di setiap perhentian.

 

5. Tempahan berpakej.Percutian akan menjadi lebih murah apabila apabila anda menempah percutian berpakej. Misalnya, tempahan tiket penerbangan merangkumi penginapan, kenderaan dan makanan. Malah, anda tidak perlu risau untuk keluar wang kerana semuanya sudah dibayar awal ketika anda menempah tiket.

 

6. Penginapan berdapur.Selalunya, wang percutian lebih banyak dihabiskan untuk sesi makan-makan. Bukan semua destinasi mempunyai harga makanan yang murah lebih-lebih lagi jika mereka tahu anda seorang pelancong. Sebaiknya, tempah hotel atau apa saja penginapan yang ada menyediakan dapur. Memasak boleh menjimatkan wang makan anda.

 

7. Perbincangan dengan ejen pelancongan.Anda perlu rajin melayari Internet dan menghubungi ejen kerana mereka sentiasa membantu anda untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk pelancongnya.

 

8. Pilih pertukaran wang asing termurah.Jika anda melancong ke luar negara, elak menukar mata wang anda dalam saat terakhir. Tanya pendapat rakan di mana lokasi ejen tukar mata wang asing yang boleh memberi pertukaran yang baik dan menguntungkan sebelum anda berlepas.

 

9. Kereta jimat minyak.Bagi anda yang memilih untuk memandu kereta sendiri, pastikan anda menggunakan kenderaan yang jimat minyak. Kenderaan jenis kompak dan hibrid adalah pilihan terbaik saat melancong. Tip untuk lebih penjimatan adalah dengan mengurangkan kelajuan, mengurangkan tahap penghawa dingin dan tidak membawa banyak muatan.

 

10. Satu beg memadai.Elak membawa banyak barangan di mana kesudahannya anda tidak memerlukannya ketika melancong. Barang-barang untuk membersihkan diri biasanya ada disediakan oleh hotel. Elak membawa seluar atau baju yang tebal  tetapi sebaiknya pakai siap jika anda melancong ke negara sejuk. Jika tidak, bawa baju nipis sudah mencukupi.

 

Mungkin ada di kalangan anda mahu meraikan Syawal yang tinggal beberapa hari lagi di luar negara. Melancong versi bajet murah ini sangat membantu dan mungkin boleh dikongsi bersama teman. Ayuh, buktikan pada teman bahawa anda tetap boleh melancong dengan wang poket anda!