Perjalanan ke Krabi Resort memakan masa hanya 30 minit daripada Lapangan Terbang antarabangsa Krabi. Krabi merupakan destinasi percutian terbaik buat anda yang inginkan suasana mendamaikan, jauh dari hiruk pikuk kota kerana tarikan semula jadinya termasuklah pantai yang bersih dan putih, himpunan batu karang yang memukau, bilangan pulau-pulau yang pelbagai saiz dan kawasan hutan yang dipenuhi dengan gua serta air terjun yang luas. Krabi juga mempunyai dua pantai yang dikategorikan sebagai pantai bertaraf dunia iaitu Pantai Ao Nang dan Pantai Railay. Kedua-duanya cukup menarik di mana mempunyai tarikan selaman skuba, aneka restoran, lot kedai dan banyak lagi. Antara tarikan lain yang menarik di daerah ini ialah terdapatnya tebing-tebing bukit batu kapur dan batuan semula jadi yang menggamit kehadiran pengunjung. Para penggemar aktiviti ‘rock climbers’ adalah antara golongan yang paling disarankan ke sini! Di sini juga terdapat sebuah Taman Negara yang terletak 40 kilometer daripada pekan Krabi termasuk tasik, gua dan pemandangan semulajadi ibarat lukisan yang begitu mengasyikkan.
 
Tema Berlainan Bilik Inapan
Di Krabi Resort, terdapat 170 unit penginapan pelbagai jenis seperti bilik hotel di bangunan utama hotel, banglo-banglo dan vila yang terletak di sekitar taman bertemakan tropika. Dikelilingi gunung-ganang yang menghijau, setiap bilik penginapan tetamu dibuat berasaskan tema yang berlainan samada dekorasi tradisional Thailand mahupun dekorasi moden kontemporari. Namun kesemuanya disuntik dengan elemen sentuhan ala tumur. Kesemua bilik di sini dilengka